ASWAJA Malaysia Menolak Dr. Zakir Naik Karena Wahabi

Shortlink:

image

NUGarisLurus.Com – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia menolak Dr. Zakir Naik (DZN) berceramah di Negeri Jiran tersebut. Inilah beberapa alasan yang membuktikan bahwa DZN berpaham wahabi dari pernyataan resmi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).

KENYATAAN MEDIA ASWAJA

1. ASWAJA tidak berminat untuk mengulas atau memberi komentar tentang keberadaan Dr. Zakir Naik (DZN), pendakwah India di Malaysia kerana Informasi ASWAJA tentang dirinya terbatas. Seseorang tidak perlu terlalu yakin atau menyibukkan diri membela maupun menyerang DZN jika tidak mempunyai maklumat yang cukup. Inilah pendirian ASWAJA terhadap isu DZN kerana bukan pendirian ASWAJA untuk mengeluarkan pembelaan, respon, kritikan dan kenyataan jika informasi tidak mencukupi.

2. Namun baru-baru ini seorang mufti kontroversi yang sering dikaitkan dengan faham Wahhabi oleh setengah pihak dan secara rasmi atau tidak rasmi dilarang berceramah agama dibeberapa negeri seperti  Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor, Kedah, Melaka dan beberapa lagi negeri, bersungguh-sungguh membela DZN hanya semata-mata dengan berbekalkan fakta beliau “belum pernah” melihat DZN bermasalah.

3. ASWAJA menegaskan sekali lagi bahwa ASWAJA tidak berminat mengulas isu DZN kerana keterbatasan informasi, namun oleh kerana terdapat banyak permintaan dari para asatidzah, ahli ASWAJA dan masyarakat awam, ASWAJA hanya melampirkan fatwa dari web rasmi dari salah satu institusi Islam yang masyhur dan diakui di seluruh dunia dari India yang telah melahirkan banyak alim ulama yang hebat  yaitu darul uloom deoband yang pastinya lebih mengetahui dan berhati-hati dalam berkomentar tentang DZN memandangkan dia tinggal di negara yang sama dengan DZN yaitu India. Ini bukan bermakna  pendirian resmi ASWAJA, melainkan  sebagai panduan kepada yang meminta respon dari ASWAJA.

4. Menurut fatwa darul uloom deoband, India, DZN BUKANLAH seorang yang bisa diterima ucapan nya dalam bab agama dan seseorang harus menjauhi ucapannya rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Dawah–Tableeg/171

5. Menurut fatwa darul uloom deoband juga, DZN merupakan seorang yang menyimpang dari jalan Ulama Muktabar dan merupakan seorang Ghair Muqallid rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Dawah–Tableeg/2415 dan fahaman Ghair Muqallid ini menurut darul uloom, deoband merupakan pemahamam yang keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah rujuk: http://www.darulifta-deoband.com/home/en/Deviant-Sects/44130

6. Oleh kerana fatwa yang begitu tegas dari darul uloom, deoband. ASWAJA mengganjurkan rakyat Malaysia supaya berfikir panjang dan merujuk kepada ulama muktabar dan pihak Ahli agama masing-masing sebelum menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh DZN. ASWAJA juga berharap pihak berkuasa agama dapat menyelidiki dan memastikan DZN ialah seseorang yang berada di landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana yang mengeluarkan fatwa keras terhadap DZN bukanlah ASWAJA, tetapi salah satu institusi yang sangat masyhur di India iaitu darul uloom deoband. ASWAJA juga mendapati bukan hanya darul uloom, deoband sahaja yang berpendapat demikian, namun ulama-ulama India di kerala dan lain-lain tempat di India atau di Sri Lanka juga mempunyai pendapat yang sama tentang DZN.

7. DZN juga mendakwa dalam bukunya Concept of God in major religions halaman 7: “Brahma bermaksud Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta…Orang Islam tidak mempunyai  halangan apapun untuk menyeru atau menyebut Allah sebagai Brahma

8. Akhir sekali, ASWAJA berharap rakyat Malaysia tidak terikut-ikut serentak seorang mufti kontroversi yang diharamkan berceramah agama di masjid-masjid di banyak negeri di Malaysia ini yang seperti biasa sering tergesa-gesa dan populis dalam mengeluarkan kenyataan, karena tanda seseorang itu bertakwa adalah takut untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal kerana ia merupakan hak Allah, bukan menggunakan platform mufti untuk mendapat jumlah “like” dan “share” yang banyak di facebook kerana ini menjatuhkan martabat institusi mufti di Malaysia.

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).

Wallahu Alam


Artikel Terkait